Anniversary

Selasa, 27 September 2011

KITA MENGHARGAI BILA SUATU ITU TIADA...

Lama betul tak menulis blog... sibuk dgn pelbagai hal... Assalamualaikum... Apa yg ingin aku sampaikan ni ialah mengenai nikmat sihat... Kita selalu lupa nikmat ini adalah nikmat yg amat besar dari Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maafkan aku wahai isteriku kerana tidak memahami ketika dikau bertarung dengan demam selsema yg berpanjangan. Aku rasa yg dikau hanya merengek2 seperti anak kecil yg perlukan kasih sayang dan belaian... Apabila aku mendapat penyakit yg sama baru ku sedar inilah agaknya apa yg dikau rasa tempohari... Hidung tersumbat... nak bernafas tak boleh, nak makan tak lalu, tidur terganggu... sakit urat, bisa mencucuk2 sana sini... Wah azabnya demam selsema ini. Alhamdulillah nikmat kesihatan itu telah dipulangkan semula sedikit demi sedikit... Benarlah kata org kita akan hanya menghargai sesuatu yg telah tiada... Maka ingatlah setiap nikmat yg Allah beri amat bermakna dan seharusnya disyukuri... Kerana janji Allah sekiranya kamu bersyukur nescaya akan Ku tambah lagi nikmatKu... Tetapi sekiranya kamu kufur azabKu amatlah berat menantimu... Sesungguhnya tidak terhitung nikmat Allah pada kita. Manusia seperti biasa mudah lupa dan perlu diberi peringatan dan ujian barulah mereka akan ingat.... Semoga Allah mengampuni dosaku dan dosa seluruh umat Islam... Amin.

Isnin, 4 Julai 2011

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)

Ulang tahun Ke-13

Assalamualikum...

Selamat Ulang Tahun Ke-13 sayangku... Semoga kebahagiaan ini milik kita selamanya... Tiada kata yang dapat menggambarkan hatiku ini... Semoga segala perbuatan dan tingkahlaku daku selama ini menjadi bukti ketinggian kasih sayang ku pada mu.Setiap hari cintaku berputik... setiap hari cintaku mekar...

Sayangku Nitaa,

Terima kasih dan daku bersyukur dengan pinjaman Allah kepada ku ini... Semoga Allah menempatkan dirimu bersamaku di dalam syurga yang kekal abadi. Aku malu pada Allah kerana pemberian ini amat besar bagiku. Terima kasih juga kerana memahami diriku yang serba kekurangan ini. Maafkan segala silap dan salahku sayang...

Sayangku Nitaa,

Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita. Semoga Allah membalas setiap jasamu dengan dilipat kali ganda.

Sayanku Nitaa,

Di hari ini sekali lagi aku bisikkan kasih sayang dan janji susah senang hidup bersama selamanya kepadamu sayang....

Insya Allah kita semua akan mendapat rahmat dariNya... Pemberi kasih sayang...

Wassalam...

Sabtu, 2 April 2011

Creative Management

Assalamualaikum...

Tugasan kumpulan telah selesai kami lalui pagi Jumaat yang penuh dengan rahmat penghulu segala hari. Kami diberi tugasan seramai 6 orang iaitu Ustaz Rahimi, Ustazah Fatimah, Pn Zarina, Cik Nurfaizun, Pn Nik Razita dan aku le... Tajuk kami "Conflict in Management" bunyinya agak mudah. Kami dikehendaki menyediakan "Presentation" dan "written-up". Mejar Dr Yahya ternyata kurang berpuas hati dengan persembahan kumpulan kami. Kumpulan2 sebelum kami juga menerima komen yang senada. Ternyata "expectation" beliau agak tinggi. "HOT" (Higher Order Thinking) dengan penulisan akademik bertaraf Master yang menjadi harapan beliau. Beliau mahu kami menunjukkan kematangan kami berhujah dengan taraf yang setimpal dengan tahap dan apa yang kami telah pelajari. Pada beliau setiap penulisan akademik hendaklah disokong dengan pendapat2 pakar dengan "landmark theories" yang diasaskan daripada kajian2 imperikal. Kami juga tidak perlu mengeluarkan pendapat kami yang masih belajar ini. Diharapkan tugasan kedua kami iaitu kerja berkumpulan seramai bertiga akan dapat memenuhi kehendak beliau.

Isnin, 28 Mac 2011

Baloon Club

Tugasan baru aku di SMK Wakaf Bharu... Menubuh dan menjalankan Kelab Belon... Ini bukan buat belon biasa tetapi membuat pelbagai bentuk dengan belon. Syafiq yang dah sedia ada kemahiran membuat beberapa bentuk aku beri tugas menjadi ketua kelab ini. Ternyata beliau sememangnya layak. Beliau telah berjaya mencari 16 lagi ahli kelab baru ini. Mesti ramai yang tertanya2 apa rasional menubuhkan kelab ini? Cg Najib mesti ada rasionalnya dan pada aku kelab ini agak santai dan dapat mengajar kemahiran2 baru kepada pelajar2 sekolah. Satu kemahiran yang dapat digunakan untuk menghibur. Konsep santai, berkemahiran dan menghibur akan menjadikan pelajar yang lebih berani dan mampu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Kalau kita lihat pada aktiviti kokurikulum yang ada dan biasa ada di sekolah2 kebanyakkan agak membosankan dan terlalu akademik. Kebanyakkannya tidak mampu menarik pelajar untuk berkembang secara sosial. Pelajar hanya dapat berinteraksi sesama kelompok mereka yang kecil sahaja. Diharapkan misi menghidupkan satu kelab baru ini akan dapat aku laksanakan. Target yang aku letakkan pada bulan Jun nanti 16 ahli kelab ini akan menjadi pioneer yang akan mengembangkan kemahiran ini. seterusnya menarik 10 org lain belajar kemahiran ini.

Sabtu, 26 Mac 2011

Tesis, Academic Project, Research

Assalamualaikum,
Sekarang aku rasa masa yang sesuai untuk aku berkongsi pengalaman menyiapkan tesis master aku. Dr Ishak menerangkan dengan amat jelas satu persatu tentang tugasan ini. Pengalaman yang ada dikongsi semuanya. Dari tajuk sehinggalah cara mencari maklumat yang menyokong kajian nanti.

Aku mulakan dengan mencari tema dan tajuk yg aku minati. Pada aku mencari tajuk perlu dicari yang tidak menyusahkan aku nanti. Cadangan dari Dr Ishak, cari sekurang2nya 20 tesis yg berkaitan dengan apa yg aku minati. Baca dan lihat sama ada yang menyokong atau tidak teori2 yg di buat oleh mereka yang terulung dalam bidang tersebut. Sebagai penuntut dalam bidang sains pengurusan pendidikan aku tidak dapat lari dari bidang pendidikan dan pengurusan. Perkataan efikasi adalah perkataan baru yg masuk dlm kosa kata ku.. Dr Ishak bercerita tentang betapa susahnya pada masa beliau dulu jika mahu mencari bahan. Sekarang segalanya dapat dicari dihujung jari. Terasa betapa bertuahnya kami.

Sebenarnya aku amat berminat dengan budaya dan iklim sekolah. Banyak bahan yang sesuai tetapi aku perlu mencari variable2nya... Inilah tajuk pertama yg diluluskan oleh Dr...

HUBUNGAN BUDAYA SEKOLAH DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU PETANG DI SEKOLAH DUA SESI DI DAERAH TUMPAT
Maka aku perlu mencari kajian2 terdahulu berserta teori2 yg berkaitan... Kata2 ini perlu difikirkan....


There are three kinds of people in the world, the wills, the won'ts and the can'ts. The first accomplish everything; the second oppose everything; the third fail in everything.
Eclectic Magazine