Anniversary

Sabtu, 2 April 2011

Creative Management

Assalamualaikum...

Tugasan kumpulan telah selesai kami lalui pagi Jumaat yang penuh dengan rahmat penghulu segala hari. Kami diberi tugasan seramai 6 orang iaitu Ustaz Rahimi, Ustazah Fatimah, Pn Zarina, Cik Nurfaizun, Pn Nik Razita dan aku le... Tajuk kami "Conflict in Management" bunyinya agak mudah. Kami dikehendaki menyediakan "Presentation" dan "written-up". Mejar Dr Yahya ternyata kurang berpuas hati dengan persembahan kumpulan kami. Kumpulan2 sebelum kami juga menerima komen yang senada. Ternyata "expectation" beliau agak tinggi. "HOT" (Higher Order Thinking) dengan penulisan akademik bertaraf Master yang menjadi harapan beliau. Beliau mahu kami menunjukkan kematangan kami berhujah dengan taraf yang setimpal dengan tahap dan apa yang kami telah pelajari. Pada beliau setiap penulisan akademik hendaklah disokong dengan pendapat2 pakar dengan "landmark theories" yang diasaskan daripada kajian2 imperikal. Kami juga tidak perlu mengeluarkan pendapat kami yang masih belajar ini. Diharapkan tugasan kedua kami iaitu kerja berkumpulan seramai bertiga akan dapat memenuhi kehendak beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan