Anniversary

Jumaat, 20 April 2012

Anak-anak... Lelakiku.

Lama betul tak menulis di sini. Mungkin aku terlalu sibuk dengan kerjaya dan juga pengajianku selama ini sehingga aku terlupa tentang dua anakku yg meningkat remaja. Oh terlupa... Pengajianku telah tamat. Kami hanya menunggu konvo yg dijadualkan pada bulan 9. Adakah aku gagal sebagai bapa??? Didik le anakmu mengikut zamannya... Kita kerap menganggap anak kita seperti kita. Kita juga ingat anak punyai keupayaan seperti kita. Kita juga nak mereka menjadi seperti kita. Kita juga tersilap kerana kita tidak seperti ibu bapa kita yang mampu mendidik dengan hanya menegur setelah kita melakukan kesalahan. Pesanan amat penting kata penceramah motivasi di sekolah anakku di sk che deris hari itu... Kita lupa berpesan seperti yg dibuat oleh ibu bapa kita... Sehinggakan kita lebih suka berleter dari berpesan... Kita belajar teori skinner tapi tidak diamalkan... Sesuatu perlu itu perlu dibuat berulang kali untuk menjadikannya sesuatu amalan biasa. Islam juga mengajar kita agar mengajar anak sembahyang pada usia 7 tahun dan rotan mereka setelah umur 10 tahun iaitu 3 tahun masa mendidik baru menghukum. Mungkin ujian Allah ini memberi kita peluang untuk menilai kembali hubungan kita dengan Allah. Hubungan dengan ibu bapa mertua dan juga pasangan. Kita lupa jasa dan pengorbanan ibu bapa dan mertua kita selama ini. Usaha ibu bapa dengan pertolongan Allah maka kita menjadi insan yang berjaya di dunia ini. Tapi akhirat bagaimana??? adakah kita selamat di sana nanti?? Anak2 ku Irfan dan Imran terlalu leka dengan Online Game sehingga mengabaikan pelajaran dan juga hubungan sosial sesama manusia di alam nyata... Sehinggakan ketika kami pulang ke kampung pada cuti tahun baru Cina yg lalu mereka berdua sanggup tinggal di rumah bersama TokWan kerana terlalu cintakan Gamenya... Ibuku rasa sedih kerana dua org cucunya sudah tidak lagi seperti dulu. Dan kemuncaknya ialah Irfan telah mendapat pelbagai complain dari guru2 di sekolahnya yg merupakan rakan sekerja mamanya mengatakan anakku sudah banyak tersasar. Kerja sekolah tak pernah siap... pernah juga tersenyum sendirian... Ini merupakan klimaks pada rentetan peristiwa tadi... Maka demi kebaikkan anak kami komputer di tarik balik... No more... Mereka telah kembali menjalani kehidupan normal... Kami keluar sekeluarga ke Maidin utk membelibelah... Berbual seperti keluarga... Malam ni aku menyediakan latihan Bahasa Inggeris untuk mereka... Semoga usaha kami ini akan berjaya. Hanya Allah yang dapat membantu... InsyaAllah. Lindungilah kami Ya Allah.