Anniversary

Isnin, 28 Mac 2011

Baloon Club

Tugasan baru aku di SMK Wakaf Bharu... Menubuh dan menjalankan Kelab Belon... Ini bukan buat belon biasa tetapi membuat pelbagai bentuk dengan belon. Syafiq yang dah sedia ada kemahiran membuat beberapa bentuk aku beri tugas menjadi ketua kelab ini. Ternyata beliau sememangnya layak. Beliau telah berjaya mencari 16 lagi ahli kelab baru ini. Mesti ramai yang tertanya2 apa rasional menubuhkan kelab ini? Cg Najib mesti ada rasionalnya dan pada aku kelab ini agak santai dan dapat mengajar kemahiran2 baru kepada pelajar2 sekolah. Satu kemahiran yang dapat digunakan untuk menghibur. Konsep santai, berkemahiran dan menghibur akan menjadikan pelajar yang lebih berani dan mampu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Kalau kita lihat pada aktiviti kokurikulum yang ada dan biasa ada di sekolah2 kebanyakkan agak membosankan dan terlalu akademik. Kebanyakkannya tidak mampu menarik pelajar untuk berkembang secara sosial. Pelajar hanya dapat berinteraksi sesama kelompok mereka yang kecil sahaja. Diharapkan misi menghidupkan satu kelab baru ini akan dapat aku laksanakan. Target yang aku letakkan pada bulan Jun nanti 16 ahli kelab ini akan menjadi pioneer yang akan mengembangkan kemahiran ini. seterusnya menarik 10 org lain belajar kemahiran ini.

Sabtu, 26 Mac 2011

Tesis, Academic Project, Research

Assalamualaikum,
Sekarang aku rasa masa yang sesuai untuk aku berkongsi pengalaman menyiapkan tesis master aku. Dr Ishak menerangkan dengan amat jelas satu persatu tentang tugasan ini. Pengalaman yang ada dikongsi semuanya. Dari tajuk sehinggalah cara mencari maklumat yang menyokong kajian nanti.

Aku mulakan dengan mencari tema dan tajuk yg aku minati. Pada aku mencari tajuk perlu dicari yang tidak menyusahkan aku nanti. Cadangan dari Dr Ishak, cari sekurang2nya 20 tesis yg berkaitan dengan apa yg aku minati. Baca dan lihat sama ada yang menyokong atau tidak teori2 yg di buat oleh mereka yang terulung dalam bidang tersebut. Sebagai penuntut dalam bidang sains pengurusan pendidikan aku tidak dapat lari dari bidang pendidikan dan pengurusan. Perkataan efikasi adalah perkataan baru yg masuk dlm kosa kata ku.. Dr Ishak bercerita tentang betapa susahnya pada masa beliau dulu jika mahu mencari bahan. Sekarang segalanya dapat dicari dihujung jari. Terasa betapa bertuahnya kami.

Sebenarnya aku amat berminat dengan budaya dan iklim sekolah. Banyak bahan yang sesuai tetapi aku perlu mencari variable2nya... Inilah tajuk pertama yg diluluskan oleh Dr...

HUBUNGAN BUDAYA SEKOLAH DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU PETANG DI SEKOLAH DUA SESI DI DAERAH TUMPAT
Maka aku perlu mencari kajian2 terdahulu berserta teori2 yg berkaitan... Kata2 ini perlu difikirkan....


There are three kinds of people in the world, the wills, the won'ts and the can'ts. The first accomplish everything; the second oppose everything; the third fail in everything.
Eclectic Magazine