Anniversary

Sabtu, 11 Mac 2017

MENCARI KESILAPAN

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG NI... ASSALAMUALAIKUM... SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH SENTIASA. TAJUK KALI INI MENCARI KESILAPAN KERANA SETIAP MASA DAN SETIAP DETIK KITA TIDAK LARI DARI MENILAI DAN DINILAI... KITA JADIKAN MENILAI ITU SATU PERKARA YANG SENTIASA KITA LAKUKAN... DAN SEBAGAI PENILAI KITA AKAN MENCARI KESALAHAN DARI MENCARI KEBAIKKAN... TERINGAT KATA PAKIMAM MASJID KUALA PAK AMAT MALAM TADI BERKENAAN IMAM AL-GHAZALI... BELIAU SENTIASA MEMANDANG ORANG LAIN LEBIH BAIK DARI BELIAU... SEHINGGA SESEORANG YANG PALING DAIF DAN JAHIL PUN DIANGGAP SEORANG YANG LEBIH BAIK DARI BELIAU... HEBATNYA BELIAU BERBANDING KITA. RAWATLAH HATI KITA... BERSANGKA BAIKLAH PADA ORANG LAIN. HATI AKAN TENANG... TETAPI JANGAN LUPA YANG MAHA ESA... DIALAH YANG MENILAI KITA... DAN PENILAIAN ALLAH MELIHAT KITA DARI PERSPEKTIF LAIN IAITU HATI. HATI YANG IKHLAS TIADA SIAPA YANG DAPAT MENILAINYA SELAIN ALLAH. BUATLAH SESUATU KERANA ALLAH KERANA DIA MAHA MELIHAT. MELIHATNYA ALLAH BERBEZA DENGAN MELIHATNYA MAKHLUK... KITA MELIHAT DENGAN DUA MATA YANG TIDAK JAUH DARI 15 METER DI DEPAN. MENGGUNAKAN AKAL YANG DICEMARI PENYAKIT HATI... TAMAT.

Jumaat, 20 April 2012

Anak-anak... Lelakiku.

Lama betul tak menulis di sini. Mungkin aku terlalu sibuk dengan kerjaya dan juga pengajianku selama ini sehingga aku terlupa tentang dua anakku yg meningkat remaja. Oh terlupa... Pengajianku telah tamat. Kami hanya menunggu konvo yg dijadualkan pada bulan 9. Adakah aku gagal sebagai bapa??? Didik le anakmu mengikut zamannya... Kita kerap menganggap anak kita seperti kita. Kita juga ingat anak punyai keupayaan seperti kita. Kita juga nak mereka menjadi seperti kita. Kita juga tersilap kerana kita tidak seperti ibu bapa kita yang mampu mendidik dengan hanya menegur setelah kita melakukan kesalahan. Pesanan amat penting kata penceramah motivasi di sekolah anakku di sk che deris hari itu... Kita lupa berpesan seperti yg dibuat oleh ibu bapa kita... Sehinggakan kita lebih suka berleter dari berpesan... Kita belajar teori skinner tapi tidak diamalkan... Sesuatu perlu itu perlu dibuat berulang kali untuk menjadikannya sesuatu amalan biasa. Islam juga mengajar kita agar mengajar anak sembahyang pada usia 7 tahun dan rotan mereka setelah umur 10 tahun iaitu 3 tahun masa mendidik baru menghukum. Mungkin ujian Allah ini memberi kita peluang untuk menilai kembali hubungan kita dengan Allah. Hubungan dengan ibu bapa mertua dan juga pasangan. Kita lupa jasa dan pengorbanan ibu bapa dan mertua kita selama ini. Usaha ibu bapa dengan pertolongan Allah maka kita menjadi insan yang berjaya di dunia ini. Tapi akhirat bagaimana??? adakah kita selamat di sana nanti?? Anak2 ku Irfan dan Imran terlalu leka dengan Online Game sehingga mengabaikan pelajaran dan juga hubungan sosial sesama manusia di alam nyata... Sehinggakan ketika kami pulang ke kampung pada cuti tahun baru Cina yg lalu mereka berdua sanggup tinggal di rumah bersama TokWan kerana terlalu cintakan Gamenya... Ibuku rasa sedih kerana dua org cucunya sudah tidak lagi seperti dulu. Dan kemuncaknya ialah Irfan telah mendapat pelbagai complain dari guru2 di sekolahnya yg merupakan rakan sekerja mamanya mengatakan anakku sudah banyak tersasar. Kerja sekolah tak pernah siap... pernah juga tersenyum sendirian... Ini merupakan klimaks pada rentetan peristiwa tadi... Maka demi kebaikkan anak kami komputer di tarik balik... No more... Mereka telah kembali menjalani kehidupan normal... Kami keluar sekeluarga ke Maidin utk membelibelah... Berbual seperti keluarga... Malam ni aku menyediakan latihan Bahasa Inggeris untuk mereka... Semoga usaha kami ini akan berjaya. Hanya Allah yang dapat membantu... InsyaAllah. Lindungilah kami Ya Allah.

Selasa, 27 September 2011

KITA MENGHARGAI BILA SUATU ITU TIADA...

Lama betul tak menulis blog... sibuk dgn pelbagai hal... Assalamualaikum... Apa yg ingin aku sampaikan ni ialah mengenai nikmat sihat... Kita selalu lupa nikmat ini adalah nikmat yg amat besar dari Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maafkan aku wahai isteriku kerana tidak memahami ketika dikau bertarung dengan demam selsema yg berpanjangan. Aku rasa yg dikau hanya merengek2 seperti anak kecil yg perlukan kasih sayang dan belaian... Apabila aku mendapat penyakit yg sama baru ku sedar inilah agaknya apa yg dikau rasa tempohari... Hidung tersumbat... nak bernafas tak boleh, nak makan tak lalu, tidur terganggu... sakit urat, bisa mencucuk2 sana sini... Wah azabnya demam selsema ini. Alhamdulillah nikmat kesihatan itu telah dipulangkan semula sedikit demi sedikit... Benarlah kata org kita akan hanya menghargai sesuatu yg telah tiada... Maka ingatlah setiap nikmat yg Allah beri amat bermakna dan seharusnya disyukuri... Kerana janji Allah sekiranya kamu bersyukur nescaya akan Ku tambah lagi nikmatKu... Tetapi sekiranya kamu kufur azabKu amatlah berat menantimu... Sesungguhnya tidak terhitung nikmat Allah pada kita. Manusia seperti biasa mudah lupa dan perlu diberi peringatan dan ujian barulah mereka akan ingat.... Semoga Allah mengampuni dosaku dan dosa seluruh umat Islam... Amin.

Isnin, 4 Julai 2011

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)

Ulang tahun Ke-13

Assalamualikum...

Selamat Ulang Tahun Ke-13 sayangku... Semoga kebahagiaan ini milik kita selamanya... Tiada kata yang dapat menggambarkan hatiku ini... Semoga segala perbuatan dan tingkahlaku daku selama ini menjadi bukti ketinggian kasih sayang ku pada mu.Setiap hari cintaku berputik... setiap hari cintaku mekar...

Sayangku Nitaa,

Terima kasih dan daku bersyukur dengan pinjaman Allah kepada ku ini... Semoga Allah menempatkan dirimu bersamaku di dalam syurga yang kekal abadi. Aku malu pada Allah kerana pemberian ini amat besar bagiku. Terima kasih juga kerana memahami diriku yang serba kekurangan ini. Maafkan segala silap dan salahku sayang...

Sayangku Nitaa,

Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita. Semoga Allah membalas setiap jasamu dengan dilipat kali ganda.

Sayanku Nitaa,

Di hari ini sekali lagi aku bisikkan kasih sayang dan janji susah senang hidup bersama selamanya kepadamu sayang....

Insya Allah kita semua akan mendapat rahmat dariNya... Pemberi kasih sayang...

Wassalam...

Sabtu, 2 April 2011

Creative Management

Assalamualaikum...

Tugasan kumpulan telah selesai kami lalui pagi Jumaat yang penuh dengan rahmat penghulu segala hari. Kami diberi tugasan seramai 6 orang iaitu Ustaz Rahimi, Ustazah Fatimah, Pn Zarina, Cik Nurfaizun, Pn Nik Razita dan aku le... Tajuk kami "Conflict in Management" bunyinya agak mudah. Kami dikehendaki menyediakan "Presentation" dan "written-up". Mejar Dr Yahya ternyata kurang berpuas hati dengan persembahan kumpulan kami. Kumpulan2 sebelum kami juga menerima komen yang senada. Ternyata "expectation" beliau agak tinggi. "HOT" (Higher Order Thinking) dengan penulisan akademik bertaraf Master yang menjadi harapan beliau. Beliau mahu kami menunjukkan kematangan kami berhujah dengan taraf yang setimpal dengan tahap dan apa yang kami telah pelajari. Pada beliau setiap penulisan akademik hendaklah disokong dengan pendapat2 pakar dengan "landmark theories" yang diasaskan daripada kajian2 imperikal. Kami juga tidak perlu mengeluarkan pendapat kami yang masih belajar ini. Diharapkan tugasan kedua kami iaitu kerja berkumpulan seramai bertiga akan dapat memenuhi kehendak beliau.