Anniversary

Selasa, 27 September 2011

KITA MENGHARGAI BILA SUATU ITU TIADA...

Lama betul tak menulis blog... sibuk dgn pelbagai hal... Assalamualaikum... Apa yg ingin aku sampaikan ni ialah mengenai nikmat sihat... Kita selalu lupa nikmat ini adalah nikmat yg amat besar dari Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maafkan aku wahai isteriku kerana tidak memahami ketika dikau bertarung dengan demam selsema yg berpanjangan. Aku rasa yg dikau hanya merengek2 seperti anak kecil yg perlukan kasih sayang dan belaian... Apabila aku mendapat penyakit yg sama baru ku sedar inilah agaknya apa yg dikau rasa tempohari... Hidung tersumbat... nak bernafas tak boleh, nak makan tak lalu, tidur terganggu... sakit urat, bisa mencucuk2 sana sini... Wah azabnya demam selsema ini. Alhamdulillah nikmat kesihatan itu telah dipulangkan semula sedikit demi sedikit... Benarlah kata org kita akan hanya menghargai sesuatu yg telah tiada... Maka ingatlah setiap nikmat yg Allah beri amat bermakna dan seharusnya disyukuri... Kerana janji Allah sekiranya kamu bersyukur nescaya akan Ku tambah lagi nikmatKu... Tetapi sekiranya kamu kufur azabKu amatlah berat menantimu... Sesungguhnya tidak terhitung nikmat Allah pada kita. Manusia seperti biasa mudah lupa dan perlu diberi peringatan dan ujian barulah mereka akan ingat.... Semoga Allah mengampuni dosaku dan dosa seluruh umat Islam... Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan