Anniversary

Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432... Betulkah apa yang kita buat selama ini? Selepas 1432 tahun Rasulullah berhijrah adakah kita sebagai umat Islam boleh mengaku bahawa kita telah mencapai apa yang Rasulullah telah sampaikan. Adakah tiada rasa malu kita kepada beliau kerana tidak bersatu. Apakah lafaz ummati... ummati... sebelum beliau pergi meninggalkan kesan kepada kita. Saudara2 kita di zaman Rasulullah sanggup berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta. Cinta kepada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Bersatulah kita semoga Allah akan membantu kita. Kekuatan bangsa Yahudi laknatullah kerana mereka bersatu padu. Mereka berjuang sampai titisan darah terakhir untuk bangsa mereka. Mereka tidak akan tunduk pada sesiapa sahaja.

Ahad, 5 Disember 2010

Pilihan Di Tangan Anda...

Hidup ini adalah kaitan antara pilihan2 yang kita buat. Setiap pilihan akan membawa kita kepada lebih banyak lagi pilihan. Bercakap tentang pilihan dalam Islam kita sebenarnya diwajibkan mengikut pilihan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah saw. Pahala diberi atas pilihan mandatori dan dosa diberi pada sebarang perkara yang kita ingkari... Apabila berkata tentang pilihan dalam berpolitik adakah kita ada pilihan? Kita dikehendaki memilih pemimpin yang mentaati Allah dan Rasulullah secara total. Tiada pilihan secara separa atau berkongsi kuasa. Sekarang kita hanya ada dua pilihan di Malaysia. Adakah perjuangannya secara total atau separa?