Anniversary

Isnin, 28 Mac 2011

Baloon Club

Tugasan baru aku di SMK Wakaf Bharu... Menubuh dan menjalankan Kelab Belon... Ini bukan buat belon biasa tetapi membuat pelbagai bentuk dengan belon. Syafiq yang dah sedia ada kemahiran membuat beberapa bentuk aku beri tugas menjadi ketua kelab ini. Ternyata beliau sememangnya layak. Beliau telah berjaya mencari 16 lagi ahli kelab baru ini. Mesti ramai yang tertanya2 apa rasional menubuhkan kelab ini? Cg Najib mesti ada rasionalnya dan pada aku kelab ini agak santai dan dapat mengajar kemahiran2 baru kepada pelajar2 sekolah. Satu kemahiran yang dapat digunakan untuk menghibur. Konsep santai, berkemahiran dan menghibur akan menjadikan pelajar yang lebih berani dan mampu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat. Kalau kita lihat pada aktiviti kokurikulum yang ada dan biasa ada di sekolah2 kebanyakkan agak membosankan dan terlalu akademik. Kebanyakkannya tidak mampu menarik pelajar untuk berkembang secara sosial. Pelajar hanya dapat berinteraksi sesama kelompok mereka yang kecil sahaja. Diharapkan misi menghidupkan satu kelab baru ini akan dapat aku laksanakan. Target yang aku letakkan pada bulan Jun nanti 16 ahli kelab ini akan menjadi pioneer yang akan mengembangkan kemahiran ini. seterusnya menarik 10 org lain belajar kemahiran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan